Wednesday, 18 December 2013

KESAN BAIK DAN BURUK TELEKOMUNIKASI TERHADAP PENDUDUK LUAR BANDAR DARI SEGI PENDIDIKAN, PERNIAGAAN, DAN MASYARAKAT

1)  PENDIDIKAN

 








a)  KESAN BAIK

- SUASANA PEMBELAJARAN LEBIH KREATIF
Penggunaan komputer dapat mengubah suasana pembelajaran. Ini kerana, guru boleh dapatkan maklumat yang lebih menarik dengan kandungan muzik dan gambar yang bergerak di internet sekali gus, dapat menambahkan lagi daya pemahaman para pelajar. Mereka tidak mudah merasa bosan dengan suasana pembelajaran mereka.

- PERKONGSIAN MAKLUMAT LEBIH CEPAT
Dengan kecanggihan telekomunikasi perkongsian maklumat boleh berlaku dengan meluas. Sebagai contoh, jika pelajar tersebut tidak menghadiri kelas kerana tidak sihat, pelajar tersebut boleh menelefon terus kepada gurunya untuk memaklumkan akan ketidakhadiran beliau. Selain itu juga, perkongsian maklumat antara sekolah-sekolah dapat dijalankan melalui e-mel dan faks.

b) KESAN BURUK

-MELEMAHKAN DAYA INGATAN
Terlalu bergantung kepada teknologi juga akan mengalami masalah. Ini kerana, keupayaan untuk mengingat sesuatu perkara akan mudah lupa. semua perkara diset atau disimpan kedalam memori telefon pintar atau kedalam skrin komputer.

-TIDAK FOKUS TERHADAP PEMBELAJARAN
Apabila sesi pembelajaran berlaku, mereka akan lebih tertarik untuk bermain dengan telefon pintar mereka tanpa menghiraukan guru yang mengajar dihadapan. Ini akan memberi kesan kepada kualiti sesi pembelajaran. Hilang segala input-input penting hinlang kerana tidak memberi fokus di dalam kelas.