Wednesday, 18 December 2013

KESAN BAIK DAN BURUK TELEKOMUNIKASI TERHADAP PENDUDUK LUAR BANDAR DARI SEGI PENDIDIKAN, PERNIAGAAN, DAN MASYARAKAT

1)  PENDIDIKAN

 








a)  KESAN BAIK

- SUASANA PEMBELAJARAN LEBIH KREATIF
Penggunaan komputer dapat mengubah suasana pembelajaran. Ini kerana, guru boleh dapatkan maklumat yang lebih menarik dengan kandungan muzik dan gambar yang bergerak di internet sekali gus, dapat menambahkan lagi daya pemahaman para pelajar. Mereka tidak mudah merasa bosan dengan suasana pembelajaran mereka.

- PERKONGSIAN MAKLUMAT LEBIH CEPAT
Dengan kecanggihan telekomunikasi perkongsian maklumat boleh berlaku dengan meluas. Sebagai contoh, jika pelajar tersebut tidak menghadiri kelas kerana tidak sihat, pelajar tersebut boleh menelefon terus kepada gurunya untuk memaklumkan akan ketidakhadiran beliau. Selain itu juga, perkongsian maklumat antara sekolah-sekolah dapat dijalankan melalui e-mel dan faks.

b) KESAN BURUK

-MELEMAHKAN DAYA INGATAN
Terlalu bergantung kepada teknologi juga akan mengalami masalah. Ini kerana, keupayaan untuk mengingat sesuatu perkara akan mudah lupa. semua perkara diset atau disimpan kedalam memori telefon pintar atau kedalam skrin komputer.

-TIDAK FOKUS TERHADAP PEMBELAJARAN
Apabila sesi pembelajaran berlaku, mereka akan lebih tertarik untuk bermain dengan telefon pintar mereka tanpa menghiraukan guru yang mengajar dihadapan. Ini akan memberi kesan kepada kualiti sesi pembelajaran. Hilang segala input-input penting hinlang kerana tidak memberi fokus di dalam kelas.




Saturday, 19 October 2013

KEPENTINGAN TELEKOMUNIKASI DALAM BIDANG PENDIDIKAN


BAIK BURUK PERMAINAN KOMPUTER TARHADAP REMAJA 15 TAHUN

KEPADA MASA DEPAN NEGARA
Kesan Baik

Ekonomi negara dapat meningkat dalam bidang penjualan cd permainan komputer. Apabila permintaan terhadap CD permainan tinggi maka semakin untung lah negara. Selain itu, dapat menarik minat para remaja untuk memiliki komputer. Ini akan membantu peningkatan jualan komputer dalam negara.

Sekali gus Ini akan mengurangkan peratusan orang buta komputer atau IT. Sehubungan itu, negara dapat melahirkan ramai remaja yang mahir dalam permainan komputer. Malahan bakat ini boleh diasah jika mereka berkeinginan untuk bermain dialam realiti. Ini akan melahirkan lebih ramai atlet.

Kesan Buruk

Apabila remaja berada dihadapan komputer terlalu lama ini akan membolehkan penyakit obesiti, kanser dan sebagainya. Ini akan meningkatkan lagi jumlah pesakit di negara ini. Sekali gus akan meningkatkan lagi jumlah perubatan negara.
 
KEPADA MASA DEPAN INDIVIDU
Kesan Baik

Selain itu, dapat mengurangkan aktiviti tidak berfaedah di luar rumah. Mereka asyik leka dengan permainan permainan komputer.ini akan mengurangkan masalah sosial di kalangan remaja.

Malah remaja ini juga dapat mengikuti pekembangan permainan komputer. Ini akan menyebabkan otak mereka sentiasa berjalan semasa bermain permainan komputer tersebut. Ini akan membuatkan mereka menjadi kreatif.

Selain itu dapat mengeratkan hubungan silatulrahim.iaitu dengan cara, bermain lawan permainan komputer dengan rakan mereka yang lain. Secara tidak langsung akan mengeratkan hubungan persahabatan mereka.

Dapat mendatangkan keuntungan.iaitu dengan cara menjual kembali CD permainan komputer setelah selesai bermain.ini akan mengurangkan pembaziran.

Mengurangkan aktiviti tidur pada waktu petang. Ini kerana remaja akan leka bermain permainan komputer sehingga lupa akan waktu tidur mereka. Oleh itu, penyakit kegilaan disebabkan tidur petang dapat diatasi.

Kesan Buruk
 
Ketagihan bermain permainan komputer akan menyebabkan mereka hilang tumpuan dalam mengulangkaji dirumah. Kerja sekolah tidak dibuat kerana terlalu leka bermain permainan komputer.


Selain itu, cepat merasa mengantuk didala kelas. Ini kerana, remaja ini bermain permainan komputer sehingga lewat malam sehingga menganggu masa tidur mereka.


Mereka juga akan mudah terjebak dengan judi,seks dan sebagainya. Ini kerana peredaran masa sekarang terdapat pelbagai jenis permainan komputer yang tidak bermoral. Terdapat juga permaian komputer yang berunsur perjudian untuk mengaut keuntungan.


Tidak tahu menghormati dan adab-adab berkomunikasi dengan orang lain. Ini kerana, remaja ini asyik leka dengan permainan komputer sehinggakan tidak tahu menghormati orang lain. Ibu bapa juga sibuk akan kerjaya masing-masing.

BAIK BURUK IPAD/ANDROID TERHADAP KANAK-KANAK 6 TAHUN

Apakah kesan baik dan buruk kanak-kanak 6 tahun untuk masa depan jika bapa membiarkan mereka menggunakan ipad/android?

Kehadiran teknologi seperti ipad yang canggih dan memudahkan pelbagai urusan pada masa kini bukan sahaja terkesan bagi golongan dewasa, malahan juga dapat mempengaruhi cara pendidikan awal kanak kanak. Ibu bapa juga bersetuju teknologi boleh dijadikan sebagai sumber pendidikan dan hiburan kepada anak- anak. Namun secara tidak sedar, seperti juga perkara lain, jika pendedahan kepada ipad dan android samada internet, games, dan waimah aplikasi pendidikan sekalipun terhadap golongan kanak kanak, berdasarkan kajian yang dijalankan oleh beberapa institusi perkembangan minda dan fizikal kanak kanak, ia boleh mendatangkan kesan sampingan yang buruk jika tidak dikawal selia dengan baik.

Kesan Buruk
 
1. Menganggu waktu tidur
 
Mendapat tidur yang cukup begitu mencabar bagi anak-anak yang selalu sibuk pada masa kini kerana sering mempunyai kerja rumah dan aktiviti selepas sekolah dalam hari-hari biasa dan aktiviti kurikulum dan sukan pada hujung minggu. Tambahan pula, jika tempoh bermain ipad dan android  kira-kira puratanya sehingga 3 hingga 4 jam sehari, menurut “American Academy of Child and Adolescent Psychiatry” mereka mempunyai resepi untuk kekurangan tidur yang serius. Selain itu, rangsangan elektronik, seperti daripada  menggunakan komputer,ipad, telah dibuktikan boleh mengganggu waktu tidur (ketika hendak tidur, dan selepas waktu tidur). Mereka terlalu leka dengan aplikasi didalam ipad tersebut.
 
2. Mengurangkan waktu bersama keluarga dan interaksi bersama.
 
Apabila kita menggunakan teknologi seperti komputer, ipad, permainan, dan televisyen, kita tidak berinteraksi bersama-sama. Ia boleh menyukarkan untuk keluarga mencari masa yang berkualiti dan baik untuk menghabiskan waktu bersama dan berinteraksi bersama sama. Ibu bapa mungkin mahu mengelakkan seberapa banyak yang mungkin perkara tersebut dari terjadi. Walaupun ia boleh menjadi seronok untuk menonton sebuah filem di waktu malam bersama keluarga atau bermain permainan video bersama-sama, hakikatnya adalah bahawa ia mengurangkan waktu berinteraksi bersemuka bersama sama yang boleh menjadikan anak anda lebih pasif atau kurang bercakap.

3.Menggalakkan tahap tumpuan yang singkat

Kajian telah menunjukkan bahawa masa yang di habiskan terlalu banyak di hadapan ipad,televisyen, Tablet, Laptop dan sebagainya boleh menyebabkan masalah kurangnya perhatian.

4.Mengganggu prestasi disekolah
Berdasarkan kajian, Kanak-kanak yang banyak menghabiskan masa dengan ipad lebih cenderung untuk mempunyai gred lebih rendah dan kurang membaca buku-buku.
 
5. Kurang aktiviti fizikal.

Boleh menyebabkan risiko yang lebih tinggi kepada masalah obesiti pada kanak-kanak yang menonton atau menggunakan teknologi seperti ipad secara berlebihan.
 
6. Mendedahkan anak-anak dengan banyak iklan dan kandungan yang tidak sesuai.

Banyak video yang boleh dimasukkan kedalam ipad tersebut yang menggambarkan seksualiti dan keganasan serta stereotaip dan penggunaan dadah dan alkohol terutamanya di internet, serta kandungan yang tidak sesuai untuk tumbesaran & perkembangan minda kanak kanak boleh terjejas dengan lambakan kandungan yang tidak sesuai untuk mereka di khuatiri boleh menyebabkan berlakunya kegiatan tidak sihat.

Kesan Baik
 
Kanak-kanak 2-6 tahun peringkat pra operasi masih mengunakan deria (penglihatan dan pendengaran-audio visual) untuk mengumpul dan membina maklumat Bergantung kepada tanggapan serta merta kanak kanak (immediate perception) Pengetahuan kanak- kanak boleh dibina melalui interaksi dengan persekitaran atau bahan Mengetahui apa yang betul dan apa yang salah dan apa yang betul.
 
1. Dapat mengikuti perkembangan teknologi

Kini kanak-kanak dibesarkan dengan pemainan video dalam ipad dan jarang sekali mereka bermain diluar rumah seperti dahulu kala iaitu bermain permainan tradisional. Oleh itu, kanak-kanak dapat mengikuti perkembangan teknologi dan permainan terkini dalam ipad tersebut.

2.Dapat meningkatkan kemahiran mencari maklumat menggunakan teknologi
Meningkatkan motivasi terhadap kanak-kanak serta membolehkan pembelajaran kendiri, mengakses maklumat yang sukar diperolehi, Mewujudkan suasana pembelajaran seronok dan mencabar meningkatkan kreativiti dan imaginasi pembelajaran berkesan dengan bimbingan ibubapa.

3.Dapat menggunakan pelbagai media seperti grafik, bunyi, audio dan video.

Kanak-kanak dapat mempelbagaikan lagi kaedah pembelajaran mereka dengan menggunakan ipad. Perisian di dalam ipad dapat lebih menarik kerana bercorak intetraktif.

4.Dapat mengikuti perkembangan video game

Kanak-kanak tidak akan cepat merasa boring dan tidak keluar rumah seandainya terdapat permainan video game yang terbaru. Ibubapa tidak mudah merasa resah apabila keluar rumah kerana rasa selamat akan keselamatan kanak-kanak. Ini kerana mereka leka bermain video game dan tidak merengek untuk keluar rumah.

5. Bahan dapat digunakan berulangkali

Kanak-kanak boleh merekod suasana pembelajaranya di tabika. Kemudian kanak-kanak tersebut dapat menonton kembali video tersebut. Ini akan mempercepatkan lagi pembelajaran mereka.

6.meningkatkan prestasi akademik

Belajar menggunakan komputer  boleh meningkatkan prestasi akademik seseorang  pelajar  di sekolah.  Hal ini demikian kerana terdapat banyak informasi dan maklumat terkini boleh dijadikan sumber ilmu.  Sebagai contohnya, pelajar-pelajar boleh mengakses internet untuk menambahkan ilmu pengetahuan dalam subjek tertentu melalui ipad.