Saturday, 19 October 2013

BAIK BURUK PERMAINAN KOMPUTER TARHADAP REMAJA 15 TAHUN

KEPADA MASA DEPAN NEGARA
Kesan Baik

Ekonomi negara dapat meningkat dalam bidang penjualan cd permainan komputer. Apabila permintaan terhadap CD permainan tinggi maka semakin untung lah negara. Selain itu, dapat menarik minat para remaja untuk memiliki komputer. Ini akan membantu peningkatan jualan komputer dalam negara.

Sekali gus Ini akan mengurangkan peratusan orang buta komputer atau IT. Sehubungan itu, negara dapat melahirkan ramai remaja yang mahir dalam permainan komputer. Malahan bakat ini boleh diasah jika mereka berkeinginan untuk bermain dialam realiti. Ini akan melahirkan lebih ramai atlet.

Kesan Buruk

Apabila remaja berada dihadapan komputer terlalu lama ini akan membolehkan penyakit obesiti, kanser dan sebagainya. Ini akan meningkatkan lagi jumlah pesakit di negara ini. Sekali gus akan meningkatkan lagi jumlah perubatan negara.
 
KEPADA MASA DEPAN INDIVIDU
Kesan Baik

Selain itu, dapat mengurangkan aktiviti tidak berfaedah di luar rumah. Mereka asyik leka dengan permainan permainan komputer.ini akan mengurangkan masalah sosial di kalangan remaja.

Malah remaja ini juga dapat mengikuti pekembangan permainan komputer. Ini akan menyebabkan otak mereka sentiasa berjalan semasa bermain permainan komputer tersebut. Ini akan membuatkan mereka menjadi kreatif.

Selain itu dapat mengeratkan hubungan silatulrahim.iaitu dengan cara, bermain lawan permainan komputer dengan rakan mereka yang lain. Secara tidak langsung akan mengeratkan hubungan persahabatan mereka.

Dapat mendatangkan keuntungan.iaitu dengan cara menjual kembali CD permainan komputer setelah selesai bermain.ini akan mengurangkan pembaziran.

Mengurangkan aktiviti tidur pada waktu petang. Ini kerana remaja akan leka bermain permainan komputer sehingga lupa akan waktu tidur mereka. Oleh itu, penyakit kegilaan disebabkan tidur petang dapat diatasi.

Kesan Buruk
 
Ketagihan bermain permainan komputer akan menyebabkan mereka hilang tumpuan dalam mengulangkaji dirumah. Kerja sekolah tidak dibuat kerana terlalu leka bermain permainan komputer.


Selain itu, cepat merasa mengantuk didala kelas. Ini kerana, remaja ini bermain permainan komputer sehingga lewat malam sehingga menganggu masa tidur mereka.


Mereka juga akan mudah terjebak dengan judi,seks dan sebagainya. Ini kerana peredaran masa sekarang terdapat pelbagai jenis permainan komputer yang tidak bermoral. Terdapat juga permaian komputer yang berunsur perjudian untuk mengaut keuntungan.


Tidak tahu menghormati dan adab-adab berkomunikasi dengan orang lain. Ini kerana, remaja ini asyik leka dengan permainan komputer sehinggakan tidak tahu menghormati orang lain. Ibu bapa juga sibuk akan kerjaya masing-masing.

No comments:

Post a Comment