Saturday, 19 October 2013

SEJARAH GENERASI KOMPUTER

Menggariskan dan menerangkan sejarah generasi komputer dengan cara yang paling menarik. 
 
Sempoa atau Abacus adalah mesen awal sebelum lahirnya komputer. Komputer yang dalamnya melakukan proses berbentuk elektronik, yang memungkinkan bagi melakukan perhitungan yang lebih luas dan cepat. Hingga pada saat ini komputer dapat memproses gambar, suara, teks dan bentuk non-numerik serta data lainnya. Ini perlu diingatkan semua itu tidak lepas dari perhitungan numerik dasar. Gambar, suara dan lainnya adalah sebuah abstaksi dari angka-angka yang berderak di dalam sebuah mesin. Dalam komputer terdapat angka-angka “1″ dan “0″ bagi mewakili kombinasi listrik aktif dan non-aktif. Maka dengan itu, setiap gambar, suara, teks dan lainnya di dalam komputer terdiri daripada kode binari yang sesuai.  

Sejarah komputer yang perlu untuk diketahui secara terperinci. Sejarah perkembangan komputer terawal dari seorang yang bernama Charles Babbage. Dia merupakan seorang ilmuwan di dunia yang telah banyak memberikan perubahan bagi kehidupan manusia. Terutama sekali dalam perkembangan komputer. 

Penemuan pertama beliau adalah Mesin penghitung (Difference Engine no.1) adalah salah satu penemuan yang paling terkenal dalam sejarah perkembangan komputer dan merupakan kalkulator otomatis. Penemuan tersebut menjadikan Charles Babbage digelar sebagai bapa komputer.

Komputer Generasi Pertama (1941-1950)
 
Komputer generasi pertama adalah terdiri daripada beberapa tabung vakum yang besar dan kompleks seperti crystal diodes, relays, resistors, dan capacitors yang memerlukan daya listrik sebesar 150 kilowatt dan sangat berat. Keadaan ini memerlukan alat pedingin yang sangat banyak. Komputer elektronik pertama yang digunakan adalah ENIAC (Electronic Numerical Integrator And Computer). Komputer ini  berbentuk digital, namun belum menggunakan kode biner untuk memprosesnya.

Proses relatif masih lambat. Ketepatan hasil proses juga masih rendah dan juga kapasitas data masih kecil. Digunakan untuk menyelesaikan rangkaian lengkap tentang masalah komputer. Ia diprogram dengan menggunakan plugboard dan switch, yang sudah memiliki input dan output dari IBM card. ENIAC merupakan komputer memiliki berat 30 ton, terdiri dari 18.000 lampu tabung (transistor ukuran besar), dengan lebar 30 kaki x 50 kaki, memakai tenaga 160.000 watt.

Pada pertama kali mula dioperasikan Pertama seluruh jaringan listrik di wilayah Philadelphia mendadak mati.ENIAC sedikit lebih maju dibandingkan Mark I yang hanya dapat menghitung. ENIAC tidak hanya memiliki kemampuan menghitung, tambah, kurang, kali, bagi, tapi juga dapat diprogram untuk melakukan proses yang sederhana. Komputer elektronik pertama ini adalah digunakan bukan untuk umum iaitu ABC (Atanasoff-Berry Computer), ten British Colossus computers, german Z3, LEO, UNIVAC, dan Harvard Mark I.
 
Komputer Generasi Kedua (1955 – 1960) 

Komputer Generasi Kedua muncul setelah transistor ditemui, dan kemudianya diganti dengan tabung vakum yang berbentuk komputer. Kewujudan transistor, daya, panas dan bentuknya jauh lebih kecil dibandingkan dengan komputer generasi pertama.
Komputer yang memiliki transistor pertama ini dibuat di University of Manchester pada tahun 1953. Komputer transistor generasi kedua terdapat IBM 1401 iaitu paling popular. IBM diciptakan dengan drive pertama iaitu sebuah media penyimpanan pada tahun 1956, yang dikenal dengan IBM 350 RAMAC.

Komputer Generasi Ketiga (1960)

Penemuan Integrated Circuits (IC) atau dikenal juga dengan microchips. Bentuknya jauh lebih kecil berbanding generasi komputer sebelumnya, terdapat transistor yang lebih banyak telah diletakkan ke dalam microchips tunggal. Dalam tahap perkembangannya komputer generasi ketiga, komputer generasi kedua masih bertahan.

Komputer Generasi Keempat (1971)

Microchips  Central Processing Unit (CPU) pertama, terdiri daripada beberapa microchips bagi komponen CPU yang berbeza-beza. CPU yang diperlukan untuk dimasukkan ke sebuah microchips tunggal yang disebut microprocessor. Microprocessor pertama iaitu Intel 4004.Munculnya microprocessor adalah evolusi dari microcomputer, maka akhirnya terciptalah menjadi komputer pribadi yang boleh digunakan sehingga sekarang.

 

CONTOH TELECENTRE DI MALAYSIA

Berikan contoh telecentre di malaysia.

Telecentre berfungsi bagai cyber cafe dan information kiosk seperti di bandar-bandar.Projek telecenter di Malaysia dikenali dengan berbagai-bagai jenis nama antaranya :   
  • Pusat Internet Desa (PID)
  • Medan Info Desa (MID)  
  • Kedai.Com,USP Communication Center (UCC)Bestari.Com di Terengganu (ESCAP 2006)   

Telecenter pelbagai fungsi boleh menjadi sebagai `one stop’ perkhidmatan kerajaan seperti kemudahan sistem kerajaan elektronik, pembayaran cukai atas talian, sistem aduan atas talian dan perkhidmatan lain-lain. Perkhidmatan pihak swasta seperti bank dan tempahan tiket pengangkutan awam  boleh dibuat secara atas talian jika komputer di telencenter pelbagai fungsi mempunyai akses kepada perkhidmatan tersebut.


KESAN BAIK DAN BURUK TELEKOMUNIKASI TERHADAP MASYARAKAT LUAR BANDAR

Jelaskan bagaimanakah telekomunikasi telah memberi kesan baik dan buruk kepada masyarakat luar bandar dari sudut pendidikan, perniagaan dan masyarakat?

1) Pendidikan (Kesan Baik)

       Kewujudan teknologi maklumat merupakan anugerah kepada dunia pendidikan. Tugas mendidik menjadi mudah, cepat dan berkesan dengan adanya teknologi maklumat. Seluruh dunia telah menjadi seolah-olah sebuah kampung elektronik dengan adanya teknologi ini. Keupayaan menghantar, menerima dan memproses maklumat telah dapat diperluas terutama sekolah di luar bandar.

      Penerimaan ilmu tidak lagi melalui perantaraan antara guru dengan pelajar sahaja, malah dilakukan dengan menggunakan komputer dan bilik darjah bukan lagi disempadani batu-bata dan kayu, sebaliknya alam maya. Contohnya, cara hidup di Cyberjaya yang disiarkan melalui iklan di surat khabar menjelaskan hakikat ini. Iklan tersebut berbunyi, “Jika anda sakit dan tidak dapat menghadiri sekolah, kami akan menghantar guru ke rumah anda!” Iklan tersebut memaparkan gambar seorang budak yang sakit menggunakan komputer untuk meneruskan pelajarannya tanpa perlu pergi ke sekolah. Begitulah kelebihan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan.

      Keadaan ini juga boleh diterapkan dengan memberi sebuah komputer dan perkhidmatan internet. jika pelajar berkenaan tidak dapat hadir ke sekolah maka pelajar tersebut tetap boleh mendapatkan maklumat melaluikomputer dan guru dapat mengetahui sebab ketidakhadiran pelajar.  

       Selain itu, mendapat maklumat terkini. Telefon bimbit pintar telah banyak memberi kebaikan kepada kita di mana dengan adanya telefon ini, maklumat terkini dapat diketahui dengan pantas. Ianya hanya dengan melayari internet ataupun menggunakan applikasi seperti twitter. Di samping itu, maklumat terkini dapat disampaikan hanya dengan membuat panggilan. 

       Tambahan itu, adalah menjejaskan Pelajaran. Keburukan ini khusus kepada pelajar di mana pelajaran mereka boleh terjejas seandainya masa yang diperuntukan untuk mengulangkaji pelajaran telah ditukar dengan masa melayan telefon bimbit. Ianya sekaligus akan melalaikan mereka. Pelbagai aplikasi yang menarik dalam telefon bimbit lebih menyeronokkan mereka daripada mengadap buku pelajaran.

       Sekiranya pelajar membawa telefon bimbit ke dalam kelas,terdapat perkara lebih buruk akan berlaku di mana tumpuan terhadap apa yang di ajar oleh guru akan terjejas. Kebenaran bagi membawa telefon bimbit ke sekolah adalah sesuatu yang perlu difikirkan oleh semua pihak. Jangan dengan kerana satu dua kebaikan telah menutup empat lima keburukan. Lebih banyak keburukan daripada kebaikan terhadap membawa telefon bimbit ke sekolah. 

Antara usaha kerajaan supaya telekomunikasi memberi kesan yang baik dalam bidang pendidikan. 

    Dalam pada masa itu, Perdana Menteri Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi juga telah menegaskan bahawa murid luar bandar perlu diberi peluang kepada mereka untuk membuktikan keupayaan masing-masing supaya mampu bersaing dengan murid di bandar. Antara usaha kerajaan yang dibuat adalah memberi tumpuan khusus kepada program sokongan dan bantuan murid, program tambahan murid, guru, infrastruktur dan ICT serta Program Pembangunan Pendidikan Luar Bandar Sabah dan Sarawak.

   Ini membuktikan kerajaan telah memberi perhatian khusus kepada usaha merapatkan jurang antara bandar dan luar bandar supaya semua sekolah dan pelajar mempunyai peluang dan keupayaan untuk mencipta cemerlang masing-masing. Kerajaan juga telah membuat penambahan sebanyak 17,500 komputer untuk pelajar bagi mencapai kadar satu komputer untuk lima murid. 

  Selain itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia memperuntukkan 45 juta ringgit bagi melaksanakan projek SchoolNet untuk menyediakan perkhidmatan internet di sekolah-sekolah dalam pembangunan luar bandar. walaubagaimanapun, pelajar di luar bandar harus didedahkan lebih banyak pengetahuan teknologi supaya dapat berdaya saing bagi menghadapi cabaran globalisasi dan bersedia melangkah maju bersama pembangunan negara. Selain itu, pameran informasi pendidikan perlu kerap disediakan di luar bandar agar menyedari pelajar di luar bandar akan kepentingan pendidikan dan memberi pandangan dan harapan mereka untuk menuju kejayaan.

1) Pendidikan (Kesan Buruk)

    Pelajar akan mengambil jalan mudah untuk melakukan tugasan atau kerja dengan melakukan plagiarisme iaitu mengambil hasil atau idea orang lain dan memasukkan hasil tersebut kedalam hasil atau tugasan kita sendiri. Ini akan memberi kesan kepada sikap seseorang individu itu sendiri. Pelajar akan menjadi malas untuk berfikir dan mudah bergantung harap dengan orang lain tanpa usaha sendiri.

     Selain itu, bagi pelajar yang berlatarbelakangkan keluarga yang susah akan menjadi beban sekiranya telekomunikasi ini menjadi sesuatu yang penting. Ini kerana, ibubapa yang berada diluar bandar adalah hidup dalam keadaan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Oleh itu, pelajar tersebut tidak berkemampuan untuk memiliki sebuah komputer apatah lagi jalur lebar internet. Ini akan menyebabkan pelajar seperti ini akan ketinggalan dan sukar untuk mendapatkan ilmu. Contohnya pelajar seperti ini akan mendapat maklumat dengan lambat dan mundur dalam penggunaan telekomunikasi. 

    Selain itu pembaziran wang. Pembaziran wang berlaku apabila penggunaan sms, mms, panggilan dan GPRS yang terlalu banyak dan melebihi kemampuan. Sekiranya telefon bimbit digunakan oleh pelajar, ibu bapa terpaksa menampung kos tersebut. Para remaja khususnya begitu mudah terpengaruh dengan iklan-iklan yang ditayangkan seperti memuatkan turun lagu dan applikasi yang sesetengahnya dikenakan bayaran. Undian Akademi Fantasia juga merupakan salah satu pembaziran yang tanpa kita sedari telah memberi keuntungan berlipat kali ganda kepada pembekal servis talian. 

   Selain itu penyebaran unsur-unsur lucah. Penyebaran unsur-unsur lucah seperti gambar dan video sangat mudah dengan adanya telefon bimbit.  Kebolehan telefon bimbit untuk mudah memuatkan turun gambar/video dan juga fungsi Bluetooth telah membantu penyebaran unsur-unsur lucah ini. Ianya telah memberi kesan yang tidak baik kepada para remaja khususnya kerana sikap mereka yang ingin tahu perkara-perkara yang baru kepada mereka. Ini merupakan salah satu punca akan peningkatan kadar kes tidak bermoral di sekolah.

2) Perniagaan (Kesan Baik)

     Terdapat berita di surat khabar yang mengkhabarkan seorang suri rumah tempatan mengambil pesanan nasi lemak melalui e-mel. Jadi, jelaslah bahawa perkembangan teknologi maklumat membawa kesan positif dari aspek perniagaan. Kini penduduk di luar bandar boleh maju dalam perniagaan kerana dapat mencari pelanggan dengan lebih ramai hanya klik di hujung jari. Mereka hanya melihat tempahan melalui e-mel. Selain itu, mereka dapat mempromosikan hasil atau produk mereka didalam blog,facebook, dan lain-lain kumpulan sosial. Kini penduduk luar bandar tidak lagi berada seperti katak bawah tempurung.

      Di samping itu, kemajuan teknologi maklumat juga meningkatkan kualiti dan produktiviti keluaran industri kita. Contohnya penghasilan kerepek dapat ditingkatkan dari segi ketahanan, kebersihan dan penbungkusan. Kemajuan ini meningkatkan lagi hasil produktiviti barangan penduduk. Perkembangan teknologi maklumat secara langsung atau tidak membantu meningkatkan produktiviti manusia. Semua kerja dapat dijalankan dengan cepat, tepat serta dengan kesilapan yang amat minimum. Kini, istilah www.sesuatu.com.my bukan lagi satu benda yang asing. Pelbagai barang dan perkhidmatan dijual dan dibeli melalui perkhidmatan internet, bukan sahaja dari peringkat global malah dari seluruh pelosok global ini boleh dijalankan.

      Tambahan itu juga, Memandangkan e-dagang menyediakan peluang kepada perniagaan untuk membangunkan produktiviti dan daya saing, pembangunannya dipergiat lagi menerusi pembangunan infrastruktur asas termasuk penyediaan dan penggalakan pelbagai mekanisme transaksi elektronik. Penyertaan dalam sektor swasta terutamanya institusi kewangan dan persatuan industri penting dalam penyediaan dan pertukaran kewangan untuk transaksi dalam talian bagi peniaga dengan peniaga (B2B) dan peniaga dengan pengguna (B2C). Terdapat beberapa pelan tindakan di bawah perkhidmatan perbankan Internet dan Program e-Niaga telah dilaksanakan secara perintis bagi menggalakkan komunikasi dan transaksi elektronik secara transaksi perniagaan melalui dalam talian yang selamat bagi B2B dan B2C terutamanya di kalangan Enterpris Kecil dan Sederhana (EKS). 

     Selain itu,Memudahkan Kerja. Kebaikan ini dikhususkan kepada mereka yang memang memerlukan telefon bimbit untuk mengakses email mereka. Ini memberi kebaikan kepada mereka yang banyak membuat kerja luar atau pun tempahan daripada pelanggan. Kebolehan telefon bimbit masa kini untuk mengakses email dan juga applikasi-applikasi lain seperti maps, words, excel, pdf, calendar, reminder dan sebagainya telah memberi pelbagai kemudahan kepada mereka diluar bandar khasnya. 

2)Perniagaan (Kesan Buruk)

   Kebanyakkan penduduk luar bandar terdiri daripada warga tua yang majoritinya tiada asas dalam mengendalikan komputer. Meraka juga sukar untuk menerima ilmu baru. Oleh itu, mereka bertanggapan untuk belajar komputer susah dan ini akan memberi kesan kepada mereka. Ini kerana, setiap pesanan barang adalah melalui e-mel lebih mudah dan menjimatkan masa dan wang. Bagi golongan warga tidak tahu akan ilmu komputer ini akan sukar untuk membuat urusan dalam perniagaan.

       Jika musim hujan akan terdapat gangguan perkhidmatan internet. Ini akan menyukarkan para peniagaan untuk mendapatkan tempahan atau membuat tempahan. Selain itu, mudah berlaku penipuan oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Mereka akan menyamar sebagai agen bank, dan memberi maklumat tipu kepada penduduk luar bandar melalui e-mel, tambahan pula, penduduk luar bandar mudah percaya, dan termakan kata-kata manis individu tidak bertanggungjawab dengan memberi number akaun dengan mudah tanpa menyelidik latar belakang individu berkenaan. Ini kerana penduduk luar bandar tiada ilmu untuk menyelidik latar belakang individu tersebut. Banyak kes sebegini berlaku.

3) Masyarakat (Kesan Baik)

     Dari segi sosial, teknologi maklumat dapat mengeratkan hubungan antara masyarakat. masyarakat sama ada yang berada di bandar atau yang berada di luar bandar atas urusan pelajaran atau perniagaan dapat berhubungan dengan ahli keluarga dan sahabat handai pada bila-bila masa. Mel elektronik boleh diterima dan dihantar dari mana-mana pelosok dunia anda berada. Maklumat, berita, ucapan dan pandangan dapat disalurkan agar masyarakat dapat membuat keputusan yang rasional dalam kehidupan seharian. Hubungan melalui mel elektronik bukan sahaja mudah malah jauh lebih murah daripada panggilan telefon dan jauh lebih pantas daripada penghantaran surat. Manakala, hubungan antara negari terutamanya pemimpin politik dan tokoh perniagaan juga berjalan lancar melalui internet. Semangat persefahaman dan kerjasama dapat dipupuk dalam kalangan masyarakat pelbagai dan berbilang kaum. 

      Selain itu, sebagai alat hiburan telefon bimbit masa kini dijadikan seperti alat hiburan di mana telah dilengkapi dengan pelbagai fungsi untuk mendengar muzik, video, kebolehan untuk mengambil gambar dan berkongsi gambar dengan kawan-kawan dan juga permainan. Ini telah menarik minat golongan kanak-kanak dan remaja untuk memiliki telefon bimbit. Telefon bimbit pintar sekarang juga telah menjadi kegilaaan kepada para remaja kerana kebolehannya untuk mengakses laman sosial seperti Facebook dan Twitter di luar bandar dan bandar.

3) Masyarakat (Kesan Buruk)

     Internet hari ini lebih mendorong kepada aspek-aspek negatif yang boleh menggugat keamanan negara. Maka, tidak hairanlah apabila terdapat sesetengah pihak yang menggunakan teknologi ini untuk yang menyampaikan khabar yang tidak berasas dan berbaur fitnah. Di Malaysia sendiri, ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan kemudahan internet untuk menghantar khabar-khabar angin. Bagi penduduk luar bandar akan mempercayainya 100% kerana tidak mempunyai maklumat yang banyak terhadap perkara tersebut.

      Contohnya, terdapat khabar angin yang menerangkan bahawa akan berlaku rusuhan kaum pada 13 Mei, 1999 di Chow Kit, Kuala Lumpur yang disebarkan melalui internet pada suatu ketika dahulu. Khabar angin ini pasti menarik minat rakyat untuk bertindak di luar batasan kemanusiaan. Semua ini boleh mendatangkan kemudaratan kepada negara kita sendiri. Sekiranya kerajaan tidak mengatasi pergerakan golongan yang berniat jahat ini, keadaan anarki mungkin ini terpaksa ditempuhi oleh negara dan rakyat kita. Aspek negatif internet inilah yang sukar dibendung oleh sesiapa.

    Teknologi maklumat juga menjadi wahana penyebaran unsur-unsur lucah terutamanya dalam kalangan generasi muda dibandar dan di luar bandar. Gambar dan bahan pornografi mengisi kebanyakan daripada ruang maya dalam internet. Remaja yang mendahagai pengetahuan seks dijadikan sasaran utama peniaga-peniaga bahan porno ini. Pengusaha-pengusaha ini yang bersikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing ingin mengaut keuntungan besar dengan memberikan perkhidmatan berunsur seks mereka itu dengan mengenakan bayaran sehingga RM50.00 sejam. 

    Masalah ini juga merebak dengan cepat bagai belut diketil ekor dalam kalangan pelajar sekolah tidak kira lelaki atau perempuan. Hal ini turut memeningkan kepala para guru dan ibu bapa. Hampir semua pelajar sekolah hari ini terdedah kepada ancaman negatif ini. Kewujudan kafe siber di merata-rata tempat memburukkan keadaan lagi. Kafe-kafe ini merupakan pusat perkembangan dan perkongsian maklumat negatif dalam kalangan remaja dan belia. Sesungguhnya, teknologi maklumat sememangnya menyebarkan unsur-unsur lucah dan meningkatkan kebejatan akhlak remaja kita di bandar dan di luar bandar.



 

Thursday, 17 October 2013

MAKSUD TELEKOMUNIKASI

KOMUNIKASI JARAK JAUH

Adakah anda tahu apa itu telekomunikasi?

Telekomunikasi adalah salah satu alat komunikasi elektronik jarak jauh sama satu atau dua hala. Sebagai contoh komunikasi tersebut adalah menggunakan, radio, televisyen, telefon dan komputer. Pelbagai fungsi boleh digunakan dengan sistem telekomunikasi termasuk suara dan muzik, gambar dan gambar boleh bergerak, fail komputer dan aplikasi serta data telegraf. Pusat telekomunikasi moden terlibat dalam masalah penghantaran jumlah maklumat yang banyak dalam jarak yang jauh tanpa mangalami kerosakan data disebabkan oleh faktor bising dan gangguan. Sistem telekomunikasi merupakan semua sistem atau komponen yang terlibat dalam proses penghantaran maklumat kepada penerima.