Jelaskan bagaimanakah telekomunikasi telah memberi
kesan baik dan buruk kepada masyarakat luar bandar
dari sudut pendidikan, perniagaan dan
masyarakat?
1) Pendidikan (Kesan Baik)
Kewujudan teknologi maklumat merupakan anugerah kepada dunia pendidikan. Tugas mendidik menjadi mudah, cepat dan berkesan
dengan adanya teknologi maklumat. Seluruh dunia telah menjadi seolah-olah
sebuah kampung elektronik dengan adanya teknologi ini. Keupayaan menghantar,
menerima dan memproses maklumat telah dapat diperluas terutama sekolah di luar
bandar.
Penerimaan ilmu tidak lagi melalui perantaraan
antara guru dengan pelajar sahaja, malah dilakukan dengan menggunakan komputer
dan bilik darjah bukan lagi disempadani batu-bata dan kayu, sebaliknya alam
maya. Contohnya, cara hidup di Cyberjaya yang disiarkan melalui iklan di surat
khabar menjelaskan hakikat ini. Iklan tersebut berbunyi, “Jika anda sakit dan
tidak dapat menghadiri sekolah, kami akan menghantar guru ke rumah anda!” Iklan
tersebut memaparkan gambar seorang budak yang sakit menggunakan komputer untuk
meneruskan pelajarannya tanpa perlu pergi ke sekolah. Begitulah kelebihan
teknologi maklumat dalam bidang pendidikan.
Keadaan ini juga boleh diterapkan dengan memberi sebuah komputer dan perkhidmatan internet. jika pelajar berkenaan tidak dapat hadir ke sekolah maka pelajar tersebut tetap boleh mendapatkan maklumat melaluikomputer dan guru dapat mengetahui sebab ketidakhadiran pelajar.
Selain itu, mendapat maklumat terkini. Telefon bimbit pintar telah banyak
memberi kebaikan kepada kita di mana dengan adanya telefon ini, maklumat
terkini dapat diketahui dengan pantas. Ianya hanya dengan melayari internet
ataupun menggunakan applikasi seperti twitter. Di samping itu, maklumat terkini
dapat disampaikan hanya dengan membuat panggilan.
Tambahan itu,
adalah menjejaskan Pelajaran. Keburukan ini khusus kepada pelajar di mana pelajaran mereka boleh
terjejas seandainya masa yang diperuntukan untuk mengulangkaji pelajaran telah
ditukar dengan masa melayan telefon bimbit. Ianya sekaligus akan melalaikan
mereka. Pelbagai aplikasi yang menarik dalam telefon bimbit lebih menyeronokkan
mereka daripada mengadap buku pelajaran.
Sekiranya pelajar membawa telefon
bimbit ke dalam kelas,terdapat perkara lebih buruk akan berlaku di mana tumpuan
terhadap apa yang di ajar oleh guru akan terjejas. Kebenaran bagi membawa
telefon bimbit ke sekolah adalah sesuatu yang perlu difikirkan oleh semua
pihak. Jangan dengan kerana satu dua kebaikan telah menutup empat lima
keburukan. Lebih banyak keburukan daripada kebaikan terhadap membawa telefon
bimbit ke sekolah.
Antara usaha kerajaan supaya telekomunikasi memberi kesan yang baik
dalam bidang pendidikan.
Dalam pada masa itu, Perdana Menteri Y.A.B. Dato’
Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi juga telah menegaskan bahawa murid luar bandar
perlu diberi peluang kepada mereka untuk membuktikan keupayaan masing-masing
supaya mampu bersaing dengan murid di bandar. Antara usaha kerajaan yang dibuat
adalah memberi tumpuan khusus kepada program sokongan dan bantuan murid,
program tambahan murid, guru, infrastruktur dan ICT serta Program Pembangunan
Pendidikan Luar Bandar Sabah dan Sarawak.
Ini membuktikan kerajaan telah memberi perhatian
khusus kepada usaha merapatkan jurang antara bandar dan luar bandar supaya
semua sekolah dan pelajar mempunyai peluang dan keupayaan untuk mencipta
cemerlang masing-masing. Kerajaan juga telah membuat penambahan sebanyak 17,500
komputer untuk pelajar bagi mencapai kadar satu komputer untuk lima murid.
Selain itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia memperuntukkan 45 juta ringgit bagi melaksanakan projek SchoolNet
untuk menyediakan perkhidmatan internet di sekolah-sekolah dalam pembangunan
luar bandar. walaubagaimanapun, pelajar di luar bandar harus didedahkan lebih
banyak pengetahuan teknologi supaya dapat berdaya saing bagi menghadapi cabaran
globalisasi dan bersedia melangkah maju bersama pembangunan negara. Selain itu,
pameran informasi pendidikan perlu kerap disediakan di luar bandar agar
menyedari pelajar di luar bandar akan kepentingan pendidikan dan memberi
pandangan dan harapan mereka untuk menuju kejayaan.
1) Pendidikan (Kesan Buruk)
Pelajar akan mengambil jalan mudah untuk
melakukan tugasan atau kerja dengan melakukan plagiarisme iaitu mengambil hasil
atau idea orang lain dan memasukkan hasil tersebut kedalam hasil atau tugasan
kita sendiri. Ini akan memberi kesan kepada sikap seseorang individu itu
sendiri. Pelajar akan menjadi malas untuk berfikir dan mudah bergantung harap
dengan orang lain tanpa usaha sendiri.
Selain itu, bagi pelajar yang berlatarbelakangkan
keluarga yang susah akan menjadi beban sekiranya telekomunikasi ini menjadi
sesuatu yang penting. Ini kerana, ibubapa yang berada diluar bandar adalah
hidup dalam keadaan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Oleh itu,
pelajar tersebut tidak berkemampuan untuk memiliki sebuah komputer apatah lagi
jalur lebar internet. Ini akan menyebabkan pelajar seperti ini akan ketinggalan
dan sukar untuk mendapatkan ilmu. Contohnya pelajar seperti ini akan mendapat
maklumat dengan lambat dan mundur dalam penggunaan telekomunikasi.
Selain itu pembaziran wang. Pembaziran wang
berlaku apabila penggunaan sms, mms, panggilan dan GPRS yang terlalu banyak dan
melebihi kemampuan. Sekiranya telefon bimbit digunakan oleh pelajar, ibu bapa
terpaksa menampung kos tersebut. Para remaja khususnya begitu mudah terpengaruh
dengan iklan-iklan yang ditayangkan seperti memuatkan turun lagu dan applikasi
yang sesetengahnya dikenakan bayaran. Undian Akademi Fantasia juga merupakan
salah satu pembaziran yang tanpa kita sedari telah memberi keuntungan berlipat
kali ganda kepada pembekal servis talian.
Selain itu penyebaran
unsur-unsur lucah. Penyebaran
unsur-unsur lucah seperti gambar dan video sangat mudah dengan adanya telefon
bimbit. Kebolehan telefon bimbit untuk
mudah memuatkan turun gambar/video dan juga fungsi Bluetooth telah membantu
penyebaran unsur-unsur lucah ini. Ianya telah memberi kesan yang tidak baik
kepada para remaja khususnya kerana sikap mereka yang ingin tahu
perkara-perkara yang baru kepada mereka. Ini merupakan salah satu punca akan
peningkatan kadar kes tidak bermoral di sekolah.
2) Perniagaan (Kesan Baik)
Terdapat berita di surat khabar yang mengkhabarkan
seorang suri rumah tempatan mengambil pesanan nasi lemak melalui e-mel. Jadi,
jelaslah bahawa perkembangan teknologi maklumat membawa kesan positif dari
aspek perniagaan. Kini penduduk di luar bandar boleh maju dalam perniagaan
kerana dapat mencari pelanggan dengan lebih ramai hanya klik di hujung jari.
Mereka hanya melihat tempahan melalui e-mel. Selain itu, mereka dapat
mempromosikan hasil atau produk mereka didalam blog,facebook, dan lain-lain
kumpulan sosial. Kini penduduk luar bandar tidak lagi berada seperti katak
bawah tempurung.
Di samping itu, kemajuan teknologi maklumat juga meningkatkan kualiti dan produktiviti keluaran industri
kita. Contohnya penghasilan kerepek dapat ditingkatkan dari segi ketahanan, kebersihan
dan penbungkusan. Kemajuan ini meningkatkan lagi hasil produktiviti barangan
penduduk. Perkembangan teknologi maklumat secara langsung atau tidak membantu
meningkatkan produktiviti manusia. Semua kerja dapat dijalankan dengan cepat,
tepat serta dengan kesilapan yang amat minimum. Kini, istilah www.sesuatu.com.my bukan lagi satu benda yang asing.
Pelbagai barang dan perkhidmatan dijual dan dibeli melalui perkhidmatan
internet, bukan sahaja dari peringkat global malah dari seluruh pelosok
global ini boleh dijalankan.
Tambahan itu juga,
Memandangkan e-dagang menyediakan peluang kepada perniagaan untuk membangunkan
produktiviti dan daya saing, pembangunannya dipergiat lagi menerusi pembangunan
infrastruktur asas termasuk penyediaan dan penggalakan pelbagai mekanisme
transaksi elektronik. Penyertaan dalam sektor swasta terutamanya institusi
kewangan dan persatuan industri penting dalam penyediaan dan pertukaran
kewangan untuk transaksi dalam talian bagi peniaga dengan peniaga (B2B) dan
peniaga dengan pengguna (B2C). Terdapat beberapa pelan tindakan di bawah
perkhidmatan perbankan Internet dan Program e-Niaga telah dilaksanakan secara
perintis bagi menggalakkan komunikasi dan transaksi elektronik secara transaksi
perniagaan melalui dalam talian yang selamat bagi B2B dan B2C terutamanya di
kalangan Enterpris Kecil dan Sederhana (EKS).
Selain itu,Memudahkan Kerja. Kebaikan ini dikhususkan kepada mereka yang
memang memerlukan telefon bimbit untuk mengakses email mereka. Ini memberi
kebaikan kepada mereka yang banyak membuat kerja luar atau pun tempahan
daripada pelanggan. Kebolehan telefon bimbit masa kini untuk mengakses email
dan juga applikasi-applikasi lain seperti maps, words, excel, pdf, calendar,
reminder dan sebagainya telah memberi pelbagai kemudahan kepada mereka diluar
bandar khasnya.
2)Perniagaan (Kesan Buruk)
Kebanyakkan
penduduk luar bandar terdiri daripada warga tua yang majoritinya tiada asas
dalam mengendalikan komputer. Meraka juga sukar untuk menerima ilmu baru. Oleh
itu, mereka bertanggapan untuk belajar komputer susah dan ini akan memberi
kesan kepada mereka. Ini kerana, setiap pesanan barang adalah melalui e-mel
lebih mudah dan menjimatkan masa dan wang. Bagi golongan warga tidak tahu akan
ilmu komputer ini akan sukar untuk membuat urusan dalam perniagaan.
Jika
musim hujan akan terdapat gangguan perkhidmatan internet. Ini akan menyukarkan
para peniagaan untuk mendapatkan tempahan atau membuat tempahan. Selain itu,
mudah berlaku penipuan oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Mereka akan
menyamar sebagai agen bank, dan memberi maklumat tipu kepada penduduk luar
bandar melalui e-mel, tambahan pula, penduduk luar bandar mudah percaya, dan
termakan kata-kata manis individu tidak bertanggungjawab dengan memberi number
akaun dengan mudah tanpa menyelidik latar belakang individu berkenaan. Ini
kerana penduduk luar bandar tiada ilmu untuk menyelidik latar belakang individu
tersebut. Banyak kes sebegini berlaku.
3) Masyarakat (Kesan Baik)
Dari segi sosial, teknologi maklumat dapat mengeratkan hubungan antara masyarakat. masyarakat sama
ada yang berada di bandar atau yang berada di luar bandar atas urusan pelajaran
atau perniagaan dapat berhubungan dengan ahli keluarga dan sahabat handai pada
bila-bila masa. Mel elektronik boleh diterima dan dihantar dari mana-mana
pelosok dunia anda berada. Maklumat, berita, ucapan dan pandangan dapat
disalurkan agar masyarakat dapat membuat keputusan yang rasional dalam
kehidupan seharian. Hubungan melalui mel elektronik bukan sahaja mudah malah
jauh lebih murah daripada panggilan telefon dan jauh lebih pantas daripada
penghantaran surat. Manakala, hubungan antara negari terutamanya pemimpin
politik dan tokoh perniagaan juga berjalan lancar melalui internet. Semangat
persefahaman dan kerjasama dapat dipupuk dalam kalangan masyarakat pelbagai dan
berbilang kaum.
Selain itu, sebagai alat hiburan telefon
bimbit masa kini dijadikan seperti alat hiburan di mana telah dilengkapi dengan
pelbagai fungsi untuk mendengar muzik, video, kebolehan untuk mengambil gambar
dan berkongsi gambar dengan kawan-kawan dan juga permainan. Ini telah menarik
minat golongan kanak-kanak dan remaja untuk memiliki telefon bimbit. Telefon
bimbit pintar sekarang juga telah menjadi kegilaaan kepada para remaja kerana
kebolehannya untuk mengakses laman sosial seperti Facebook dan Twitter di luar
bandar dan bandar.
3) Masyarakat (Kesan Buruk)
Internet hari ini lebih mendorong kepada
aspek-aspek negatif yang boleh menggugat keamanan negara. Maka,
tidak hairanlah apabila terdapat sesetengah pihak yang menggunakan teknologi
ini untuk yang menyampaikan khabar yang tidak berasas dan berbaur fitnah. Di
Malaysia sendiri, ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan
kemudahan internet untuk menghantar khabar-khabar angin. Bagi penduduk luar
bandar akan mempercayainya 100% kerana tidak mempunyai maklumat yang banyak
terhadap perkara tersebut.
Contohnya, terdapat khabar angin yang menerangkan
bahawa akan berlaku rusuhan kaum pada 13 Mei, 1999 di Chow Kit, Kuala Lumpur
yang disebarkan melalui internet pada suatu ketika dahulu. Khabar angin ini
pasti menarik minat rakyat untuk bertindak di luar batasan kemanusiaan. Semua
ini boleh mendatangkan kemudaratan kepada negara kita sendiri. Sekiranya
kerajaan tidak mengatasi pergerakan golongan yang berniat jahat ini, keadaan anarki mungkin ini terpaksa ditempuhi oleh negara dan
rakyat kita. Aspek negatif internet inilah yang sukar dibendung oleh sesiapa.
Teknologi maklumat juga menjadi wahana penyebaran unsur-unsur lucah
terutamanya dalam kalangan generasi muda dibandar dan di luar bandar.
Gambar dan bahan pornografi mengisi kebanyakan daripada ruang maya dalam
internet. Remaja yang mendahagai pengetahuan seks dijadikan sasaran utama
peniaga-peniaga bahan porno ini. Pengusaha-pengusaha ini yang bersikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk
masing-masing ingin mengaut keuntungan besar dengan memberikan
perkhidmatan berunsur seks mereka itu dengan mengenakan bayaran sehingga
RM50.00 sejam.
Masalah ini juga merebak dengan cepat bagai belut diketil ekor dalam
kalangan pelajar sekolah tidak kira lelaki atau perempuan. Hal ini turut
memeningkan kepala para guru dan ibu bapa. Hampir semua pelajar sekolah hari
ini terdedah kepada ancaman negatif ini. Kewujudan kafe siber di merata-rata
tempat memburukkan keadaan lagi. Kafe-kafe ini merupakan pusat perkembangan dan
perkongsian maklumat negatif dalam kalangan remaja dan belia. Sesungguhnya,
teknologi maklumat sememangnya menyebarkan unsur-unsur lucah dan meningkatkan kebejatan
akhlak remaja kita di bandar dan di luar bandar.
apa lagi keburukannya?
ReplyDeleteKau gila
Deletehmmm dokahu nk ate. dokmakan nasi agi tek
ReplyDeletenate mu tetek
Deletememek telor
ReplyDeleteapa lagi kebaikannya?
ReplyDeleteJika anda mempunyai masalah kewangan, maka sudah tiba masanya untuk anda tersenyum. Anda hanya perlu menghubungi Encik Benjamin dengan jumlah yang anda ingin pinjam dan tempoh pembayaran yang sesuai dengan anda dan anda akan mempunyai pinjaman anda dalam tempoh tiga hari bekerja. Saya hanya mendapat manfaat untuk keenam kali pinjaman sebanyak 700 ribu dolar untuk tempoh 180 bulan dengan kemungkinan membayar sebelum tarikh tamat tempoh. Encik Benjamin telah membantu saya dengan pinjaman.Membuat hubungan dengannya dan anda akan melihat bahawa dia adalah seorang yang sangat jujur dengan hati yang baik. E-melnya adalah lfdsloans@lemeridianfds.com dan nombor telefon WhatAppnya ialah + 1-989-394- 3740
ReplyDeleteagak tiber...
ReplyDeleteSaye sentiasa hormat karangan org laen. X pyh nk ngutuk je kejee. Ape yg die buat krngn tu semua betul. Xpyh nk kutuk die. Korang nie perangai mengalahkn setannn🙄🙄🙄🙄🙄🙄
ReplyDeleteOk nice :)
ReplyDelete