Saturday, 19 October 2013
BAIK BURUK PERMAINAN KOMPUTER TARHADAP REMAJA 15 TAHUN
KEPADA MASA DEPAN NEGARA
Kesan Baik
Ekonomi negara dapat meningkat dalam bidang penjualan
cd permainan komputer. Apabila permintaan terhadap CD permainan tinggi maka
semakin untung lah negara. Selain itu, dapat menarik minat para remaja untuk
memiliki komputer. Ini akan membantu peningkatan jualan komputer dalam negara.
Sekali gus Ini akan mengurangkan peratusan orang buta komputer atau IT. Sehubungan itu, negara dapat melahirkan ramai remaja yang mahir dalam permainan komputer. Malahan bakat ini boleh diasah jika mereka berkeinginan untuk bermain dialam realiti. Ini akan melahirkan lebih ramai atlet.

Kesan Buruk
Apabila remaja berada dihadapan komputer terlalu lama
ini akan membolehkan penyakit obesiti, kanser dan sebagainya. Ini akan
meningkatkan lagi jumlah pesakit di negara ini. Sekali gus akan meningkatkan
lagi jumlah perubatan negara.
KEPADA MASA DEPAN INDIVIDU
Kesan Baik
Selain itu, dapat mengurangkan aktiviti tidak berfaedah di luar rumah. Mereka asyik leka dengan permainan permainan komputer.ini akan mengurangkan masalah sosial di kalangan remaja.
Malah remaja ini juga dapat mengikuti pekembangan permainan komputer. Ini akan menyebabkan otak mereka sentiasa berjalan semasa bermain permainan komputer tersebut. Ini akan membuatkan mereka menjadi kreatif.
Selain itu dapat mengeratkan hubungan silatulrahim.iaitu dengan cara, bermain lawan permainan komputer dengan rakan mereka yang lain. Secara tidak langsung akan mengeratkan hubungan persahabatan mereka.
Dapat mendatangkan keuntungan.iaitu dengan cara menjual kembali CD permainan komputer setelah selesai bermain.ini akan mengurangkan pembaziran.
Mengurangkan aktiviti tidur pada waktu petang. Ini kerana remaja akan leka bermain permainan komputer sehingga lupa akan waktu tidur mereka. Oleh itu, penyakit kegilaan disebabkan tidur petang dapat diatasi.
Kesan Buruk
Ketagihan bermain permainan komputer akan menyebabkan mereka hilang tumpuan dalam mengulangkaji dirumah. Kerja sekolah tidak dibuat kerana terlalu leka bermain permainan komputer.

Selain itu, cepat merasa mengantuk didala kelas. Ini
kerana, remaja ini bermain permainan komputer sehingga lewat malam sehingga
menganggu masa tidur mereka.
Mereka juga akan mudah terjebak dengan judi,seks dan
sebagainya. Ini kerana peredaran masa sekarang terdapat pelbagai jenis
permainan komputer yang tidak bermoral. Terdapat juga permaian komputer yang
berunsur perjudian untuk mengaut keuntungan.
Tidak tahu menghormati dan adab-adab berkomunikasi
dengan orang lain. Ini kerana, remaja ini asyik leka dengan permainan komputer
sehinggakan tidak tahu menghormati orang lain. Ibu bapa juga sibuk akan kerjaya
masing-masing.
BAIK BURUK IPAD/ANDROID TERHADAP KANAK-KANAK 6 TAHUN
Apakah kesan baik dan buruk kanak-kanak 6 tahun untuk masa depan jika bapa membiarkan mereka menggunakan ipad/android?
Kehadiran
teknologi seperti ipad yang canggih dan memudahkan pelbagai urusan pada masa
kini bukan sahaja terkesan bagi golongan dewasa, malahan juga dapat mempengaruhi
cara pendidikan awal kanak kanak. Ibu bapa juga bersetuju teknologi boleh dijadikan
sebagai sumber pendidikan dan hiburan kepada anak- anak. Namun secara tidak
sedar, seperti juga perkara lain, jika pendedahan kepada ipad dan android
samada internet, games, dan waimah aplikasi pendidikan sekalipun terhadap
golongan kanak kanak, berdasarkan kajian yang dijalankan oleh beberapa
institusi perkembangan minda dan fizikal kanak kanak, ia boleh mendatangkan
kesan sampingan yang buruk jika tidak dikawal selia dengan baik.
Kesan Buruk
1. Menganggu waktu tidur
Mendapat
tidur yang cukup begitu mencabar bagi anak-anak yang selalu sibuk pada masa
kini kerana sering mempunyai kerja rumah dan aktiviti selepas sekolah dalam
hari-hari biasa dan aktiviti kurikulum dan sukan pada hujung minggu. Tambahan
pula, jika tempoh bermain ipad dan android
kira-kira puratanya sehingga 3 hingga 4 jam sehari, menurut “American
Academy of Child and Adolescent Psychiatry” mereka mempunyai resepi untuk
kekurangan tidur yang serius. Selain itu, rangsangan elektronik, seperti
daripada menggunakan komputer,ipad,
telah dibuktikan boleh mengganggu waktu tidur (ketika hendak tidur, dan selepas
waktu tidur). Mereka terlalu leka dengan aplikasi didalam ipad tersebut.
2. Mengurangkan waktu bersama
keluarga dan interaksi bersama.
Apabila
kita menggunakan teknologi seperti komputer, ipad, permainan, dan televisyen,
kita tidak berinteraksi bersama-sama. Ia boleh menyukarkan untuk keluarga
mencari masa yang berkualiti dan baik untuk menghabiskan waktu bersama dan
berinteraksi bersama sama. Ibu bapa mungkin mahu mengelakkan seberapa banyak
yang mungkin perkara tersebut dari terjadi. Walaupun ia boleh menjadi seronok
untuk menonton sebuah filem di waktu malam bersama keluarga atau bermain
permainan video bersama-sama, hakikatnya adalah bahawa ia mengurangkan waktu
berinteraksi bersemuka bersama sama yang boleh menjadikan anak anda lebih pasif atau kurang bercakap.
3.Menggalakkan tahap tumpuan yang singkat
3.Menggalakkan tahap tumpuan yang singkat
Kajian
telah menunjukkan bahawa masa yang di habiskan terlalu banyak di hadapan
ipad,televisyen, Tablet, Laptop dan sebagainya boleh menyebabkan masalah
kurangnya perhatian.
4.Mengganggu prestasi disekolah
4.Mengganggu prestasi disekolah
Berdasarkan
kajian, Kanak-kanak yang banyak menghabiskan masa dengan ipad lebih cenderung
untuk mempunyai gred lebih rendah dan kurang membaca buku-buku.
5. Kurang aktiviti fizikal.
Boleh
menyebabkan risiko yang lebih tinggi kepada masalah obesiti pada kanak-kanak
yang menonton atau menggunakan teknologi seperti ipad secara berlebihan.
6. Mendedahkan anak-anak dengan
banyak iklan dan kandungan yang tidak sesuai.
Banyak
video yang boleh dimasukkan kedalam ipad tersebut yang menggambarkan seksualiti
dan keganasan serta stereotaip dan penggunaan dadah dan alkohol terutamanya di
internet, serta kandungan yang tidak sesuai untuk tumbesaran & perkembangan
minda kanak kanak boleh terjejas dengan lambakan kandungan yang tidak sesuai
untuk mereka di khuatiri boleh menyebabkan berlakunya kegiatan tidak sihat.
Kesan Baik
Kanak-kanak 2-6 tahun peringkat pra operasi
masih mengunakan deria (penglihatan dan pendengaran-audio visual) untuk
mengumpul dan membina maklumat Bergantung kepada tanggapan serta merta kanak
kanak (immediate perception) Pengetahuan kanak- kanak boleh dibina melalui
interaksi dengan persekitaran atau bahan Mengetahui apa yang betul dan apa yang
salah dan apa yang betul.
1. Dapat mengikuti perkembangan teknologi
Kini
kanak-kanak dibesarkan dengan pemainan video dalam ipad dan jarang sekali
mereka bermain diluar rumah seperti dahulu kala iaitu bermain permainan
tradisional. Oleh itu, kanak-kanak dapat mengikuti perkembangan teknologi dan
permainan terkini dalam ipad tersebut.
2.Dapat meningkatkan kemahiran mencari maklumat menggunakan teknologi
2.Dapat meningkatkan kemahiran mencari maklumat menggunakan teknologi
Meningkatkan
motivasi terhadap kanak-kanak serta membolehkan pembelajaran kendiri, mengakses
maklumat yang sukar diperolehi, Mewujudkan suasana pembelajaran seronok dan
mencabar meningkatkan kreativiti dan imaginasi pembelajaran berkesan dengan
bimbingan ibubapa.
3.Dapat menggunakan pelbagai media seperti grafik, bunyi, audio dan video.
Kanak-kanak
dapat mempelbagaikan lagi kaedah pembelajaran mereka dengan menggunakan ipad.
Perisian di dalam ipad dapat lebih menarik kerana bercorak intetraktif.
4.Dapat mengikuti perkembangan video game
Kanak-kanak
tidak akan cepat merasa boring dan tidak keluar rumah seandainya terdapat permainan
video game yang terbaru. Ibubapa tidak mudah merasa resah apabila keluar rumah
kerana rasa selamat akan keselamatan kanak-kanak. Ini kerana mereka leka
bermain video game dan tidak merengek untuk keluar rumah.
5. Bahan dapat digunakan berulangkali
Kanak-kanak
boleh merekod suasana pembelajaranya di tabika. Kemudian kanak-kanak tersebut
dapat menonton kembali video tersebut. Ini akan mempercepatkan lagi
pembelajaran mereka.
6.meningkatkan
prestasi akademik
Belajar
menggunakan komputer boleh meningkatkan
prestasi akademik seseorang pelajar di sekolah. Hal
ini demikian kerana terdapat banyak informasi dan maklumat terkini boleh
dijadikan sumber ilmu. Sebagai contohnya, pelajar-pelajar boleh mengakses
internet untuk menambahkan ilmu pengetahuan dalam subjek tertentu melalui ipad.
Subscribe to:
Posts (Atom)